Menulis Puisi Dengan Hati

Kamar Tidur

oleh Rahimidin Zahari

i
Di luar tanah air, ada banyak buku teori yang dituliskan oleh sarjana mahu pun penyair sendiri tentang bagaimana menulis puisi. Sebanyak buku yang ditulis, dan seramai penyair yang hadir, maka puisi pun terus bercambah dan berkembang. Ada yang bertahun menukangi puisi tanpa jemu menjelajah dari Timur ke Barat untuk mendalami dan mengenal erti sebenar puisi sehingga mereka digelar sebagai penyair. Ada juga yang berdekad menulis puisi, tetapi puisinya tidak pernah menemui khalayak kecuali tersimpan di rak diri dan album peribadi. Ada juga yang berjaya menyiarkan sebuah dua puisi di akhbar dan majalah tanah air, lalu dia sendiri yang menobatkan dirinya sebagai penyair. Di manakah ukuran kepenyairan seseorang penulis puisi? Sarjanakah yang menentukan kedudukan atau tahap pencapaian seseorang penyair? Atau kekuatan dan kelainan karya yang ditampil oleh seseorang penyair itu yang menyebabkan beliau dianggap sebagai penyair yang baik? Dan bagaimanakah pula mengukur bermutu atau tidak bermutunya sesebuah…

View original post 1,541 more words

Leave a comment