Ini Sajak Sapardian: Yang Bukan Penyair Boleh Ambil Bagian!

Baru jumpa blog Hasan Aspahani ni. Haha.

Mata Puisi ಠ Hasan Aspahani

img_0746 Sapardi Djoko Damono

INILAH puisi Indonesia yang mungkin dimanfaatkan dan daya gunanya paling luas, sejak ia ditulis pada 1989, dan terbit bersama sajak-sajak Sapardi Djoko Damono lainnya dalam buku “Hujan Bulan Juni” pada 1994, pertama kalinya oleh Penerbit Grasindo, Jakarta.

Ya, puisi itu berjudul “Aku Ingin”. Puisi ini tercantum di entah berapa ribu undangan pernikahan, dibacakan di dalam sebuah film, dikutip entah di berapa banyak cerita, dan dinyanyikan oleh duo Ari Malibu dan Reda Gaudiamo. Barangkali juga gubahan atas sajak ini oleh Ari dan Reda adalah musikalisasi puisi yang paling terkenal di negeri ini.

Suatu hari Pak Sapardi bercerita kepada saya bahwa pernah ada yang mengira ini adalah petikan dari sajak Kahlil Gibran. Saya bilang, “apa mereka tak percaya bahwa penyair Indonesia juga bisa menulis sajak yang sekuat bahkan lebih keren dari sajak Gibran?”

Mutu puisi tentu saja tidak diukur dengan seberapa luas ia digunakan oleh pembacanya di luar wilayah puisi. Tetapi…

View original post 735 more words

Advertisements

Sajak pak Arab

Kepantasan

Aku mengambil ringan akan sesuatu

yang mungkin berat

seperti; aku tahu aku jurang

di antara dua laluan pejalan kaki

tetap saja aku melintasnya selaju boleh  —  mengapa?

dan kerana aku mengambil risiko dengan suaraku
aku melayang di udara
dan manik peluh pertama yang meleleh di dahiku

melemaskan aku

aku mengambil ringan tiap hal

yang aku tahu kan menjadi berat
inilah kebenarannya

tetap saja aku bukan apa-apa tapi ilusi — sebuah tanglung
hilang di rimba

dan sesiapa yang menjumpai perkataan2 ini

akan menemukan sebongkah batu

kau boleh saja dengan mudah
melemparkannya ke mukaku.

Kepantasan – Abdullah Al Ryami, Oman

Terjemahan bebas Abdullah Hussaini al Malizi.

 

Selera dalam Kepercayaan

Sebuah kedai makan dengan pekerja yang bermulut cabul, kadang-kadang angkuh tetapi makanannya sedap giler. Adakah kamu akan tetap makan di situ atau selepas cuma sekali di situ, makan dengan tidak berselera bila mendengar perkataan-perkataan tidak enaknya atau anda membalas kecabulannya atau anda diam tanpa kisah pun? Tapi makanannya kena dengan tekak kamu.

Di tempat saya tinggal ini ada beberapa kedai sebegitu. Salah satunya menjual lauk yang tak ada di kedai lain dan, apa yang dia masak itu sangat sedapp. Pada mulanya saya agak terkejut dengan sikapnya tapi saya datang buat kali kedua kerana, makanannya yang dimasak sangat sedap dan ada kualiti. Kita tahu yang pekedai seharusnya melayan pelanggannya dengan baik. Tapi pakcik itu dengan selamba, kadang-kadang berbahasa kasar.

Sdara saya pernah ceritakan pengalamannya. Ketika dia mahu meminta sudu daripada pekedai itu, pekedai itu menunjukkan sudu tanpa memandang ke arahnya dan berkata dengan nada tidak mesra ‘carilah’. Sdara saya membelek rak dan tak menjumpai sudu dan bertanya semula ‘mana?’ Dengan muka masam dia mengambilkan sudu di dapur dan serahkan padanya.

Ada ketikanya saya nampak dia mengerling pada pelanggannya yabg seusai makan tapi masih melepak santai – seperti menghalau mereka kerana ada pelanggan baru yang baru tiba. Dia jarang tersenyum tetapi masakannya sedap.

Saya teringatkan budaya negeri Selatan US yang saya kerap tonton di tv atau baca dalam novel John Grisham dimana pasti ada kedai makanan bbq/ makananan country yang sangat sedap tetapi taukenya suka memaki pelanggannya. Contohnya jika makanan sudah habis tetapi pelanggan masih lagi duduk di meja. Dia akan keluarkan kata-kata kesat dan biasanya pelanggannya akan balas balik dengan kata-kata kesat. Tapi pelanggan itu tetap memuji kesedapan makanan kedai tersebut. Dan mereka datang lagi.

Kita di Malaysia barangkali belum terbiasa dengan budaya itu. Cabul, kasar dan terasa hati. Mungkin tidak dalam sesetengah hal. Tapi saya adalah sebahagian watak-watak dalam novel Grisham itu. Saya tak kisah selagi ianya sedap dan memuaskan hati. Kalau dia berbahasa kasar saya boleh balas balik. Apa susah?

***

Saya tidak menyangka penulis idola saya yang setakat ini baru tulis satu novel (dikatakan novelnya adalah kanon kesasteraan Malaysia pasca-2010) telah dm saya dan beritahu mahu baca cerpen saya. Saya katakan boleh dan akan hantar semua cerpen saya pada dia. Kita tahu dia adalah penulis yang classy bila jawapannya ‘tak, nak yang satu tu je’. Saya tak mahu bertanya pendapatnya tentang cerpen saya sesuai dia bacanya. Saya tak nak dm dia dan tanya. Mungkin dia tak akan suka sebab sudah tentulah penulisan kami tidak sama. Saya tak kisah.

Saya sudah tiga kali berdepan dengan penolakan manuskrip. Ada dua mss yang saya hantar ke dua penerbitan. Kedua2nya dimiliki oleh penulis yang saya suka baca karya mereka, yang saya percaya hebat, terinspirasi dan likes post, tuit mereka di laman sosial. Jawapan penolakan mereka ada yang terlalu ringkas, ada yang disertai kritikan tajam tetapi ianya tidak mengecewakan saya. Walaupun 3 kali ya. Saya tak berputus asa. Adakah saya akan unfollow/unfriend mereka di laman sosial? Adakah saya akan buat posting khas meluahkan kekecewaan tersebut? Adakah saya tidak akan baca lagi karya mereka? Tidak. Saya suka mereka kerana mereka ada kualiti. Saya suka mereka kerana karya mereka taste saya. Ini berkaitan dengan kepercayaan, dan rasa suka.

(Terbit dulu di saujanaroket.blogspot.com)

Soalan Sebelum Cerita

Cerita adalah satu alat. Cerita adalah propaganda. Cerita adalah cerminan diri, perakam zaman dan pelbagai tafsiran lagi. Boleh jadi cerita adalah pengakuan penulis yang disamarkan. Namun sang pencerita(dalam konteks ini, penulis) sebenarnya bukanlah alat walaupun mungkin dia penulis upahan atau dibayar semata-mata untuk menulis. Seorang penulis, dia bercerita kerana dalam kepalanya mungkin ada ulat yang meruit-ruit ingin keluar. Mungkin ada sepohon durian yang sedang masak ranum dan buahnya tergolek jatuh dari kepala, durinya mengena tangan penulis lalu darahnya terpercik ke dalam skrin/kertas. Itulah idea/ilham yang melintas kepalanya. Alangkah rugi jika durian itu tak dikupas dan dimakan isinya yang manis lemak itu.

Kalau A.Samad Said jika ditanya tentang bagaimana mahu menulis jawapan yang biasa kita dengar adalah ‘baca baca baca’. Ianya memang tepat. Menurut Shahnon Ahmad pula, dalam salah satu eseinya yang termuat di dalam buku Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan, dia menyebut ‘konflik konflik konflik!’.

Memang benar suatu-suatu cerita itu tidak akan bergerak tanpa konflik. Kebiasaannya pembukaan satu-satu cerita (cerpen/novel malah mungkin prosaik/puisi!) akan dimulakan dengan penerangan tentang suasana sekitar atau suasana alam. Ini berdasarkan pembacaan saya terhadap karya lokal. Tidak semua begitu.

Jean Luc Godard pernah berkata suatu-suatu cerita itu perlu ada permulaan, pertengahan dan pengakhiran namun tidak semestinya tiap fasa itu perlu mengikut aturannya. Cuba bayangkan satu cerita itu bermula dengan konflik yang memungkinkan sebagai satu fasa pengakhiran? Hasilnya tentu lain macam jika diolah dengan baik. Tentulah tidak semestinya cerita perlu berakhir dengan kegembiraan. Cerita boleh bermula dengan kegembiraan dan menyusut penghujungnya, seperti jemari yang kekecutan kerana terlalu lama berendam di air terjun. Air terjun indah dan mandi di dalamnya menyeronokkan, begitulah juga jika kita menulis cerita. Boleh jadi saat awal membacanya kita seronok tetapi tika penamatnya kita menggigil kesejukan dan jemari kecut. Yang penting keseronokan mandi berbekas dan ianya meninggalkan memori manis dalam kepala pengalaman.

Berbalik pada hal konflik, ia mudah saja sebenarnya. Jika anda terlalu tepu idea untuk menulis, fikirkan tentang konflik. Contohnya anda ciptakan satu lelaki yang sakit hidung. Bagaimana anda cipta watak ini? Mungkin ketika anda selsema atau ketika anda korek tahi hidung. Saya bercakap begini kerana sekecil hal pun kita boleh kembang-konflikkan. Baik, lelaki tadi sakit hidungnya berterusan dan setelah berhari-hari ia resah dan mula memberitahukan hal itu pada isterinya. Dia ke hospital dan doktor memberitahu yang dia terkena kanser tahap akhir dan cuma memiliki beberapa hari untuk hidup.

Kamu boleh kembangkan lagi. Mungkin dia memilih untuk beramal ibadat sambil mengharap ampunan tuhan (namun cerita sebegini boleh diagak,  klise nak mampus) atau mungkin dia mahu mencuba semua nikmat hidup. Menyedut syabu, melanggan pelacur dan berjudi di mesin slot yang dia kerap nampak awek seksi pelayan kedai tersebut turun tangga dan dia main judi, dia menang dan dia ajak awek pelayan Vietnam itu check in hotel. Sebelum dia sempat ajak ada gangster yang kacau awek itu dan lelaki itu cuba melindungi awek itu sebelum dia ditembak. Tamat. Mungkin setengah orang melihat cerita sebegini sebagai mengarut, lagha atau tak ada arah. Tapi dengan olahan baik percayalah ianya tetap satu cerita yang berkualiti.

Konflik mesti berkesinambungan. Ada yang nak selesaikannya. Mungkin bukan watak utama tu pun. Mungkin watak utama sekadar pembuat pilihan. Dan disitu dia juga terlibat dalam konflik untuk memilih pula. Atau boleh tulis konflik itu memandunya membuat pilihan. Saya ambil contoh dalam cerpen saya sendiri je lah, Getah Paip Oren yang tersiar di cukaria.com yang mana pada ayat permulaan saja sudah ada konflik iaitu watak utama mahu berak tetapi tidak bertemu tandas pilihannya, tandas duduk. Semasa dia berak satu objek telah mengimbaukan kenangan lalunya. Dia teringat bermacam hal. Di akhir cerita dia memilih untuk melanggan pelacur Rusia. Lihat, ini adalah satu contoh yang konflik memandu watak dalam membuat pilihan.

Namun dalam penulisan novel, dunianya lebih luas. Pastilah konflik akan lebih banyak dan berangkaian pula. Ini akan dikembang-gerak oleh watak-watak kerana watak dalam novel biasanya banyak tidak seperti di dalam cerpen.

Apapun pokok pangkalnya membacalah. Jangan membaca karya tempatan saja. Dengan membacalah kita dapat mengembara, mengenali dunia lain dan meluaskan fikiran yang sebelum ini mungkin terkedap dengan kefahaman tradisional-lokal sahaja.

Seperti kata Malim Ghozali PK (kebanyakan penulis hebat pun akan kata begini tapi Pak Malim mengucapkan ayat itu di depan saya sewaktu forum buku di PBAKL17 dulu dan saya ingatnya sebut antara penulis yang dia baca ialah GG.Marquez, J.Varghas dan A.Camus) luaskan bacaan. Baca karya penulis yang menang hadiah Nobel atau yang diketahui hebat.

Dan kemudian, tulislah.

Eh, macam panduan menulis pulak?

Selamat Hari Raya!

(Terlebih dulu terbit di saujanaroket.blogspot.com)

Remembering Senor Frederico Garcia Lorca of Granada,Spain.

No one knows you
No
But I sing of you
I sing, for later on,
Of your profile and your grace
The noble maturity of your understanding
Your appetite for death and the taste of its mouth
The sadness in you valiant gaiety.

From (Little Ashes,2007) direacted by Paul Morrison.

Sonnet of the Sweet Complaint

  Never let me lose the marvel
of your statue-like eyes, or the accent
the solitary rose of your breath
places on my cheek at night.

  I am afraid of being, on this shore,
a branchless trunk, and what I most regret
is having no flower, pulp, or clay
for the worm of my despair.

  If you are my hidden treasure,
if you are my cross, my dampened pain,
if I am a dog, and you alone my master,

  never let me lose what I have gained,
and adorn the branches of your river
with leaves of my estranged Autumn.

From Selected Verse, Sonnets of Dark Love
translated by John K. Walsh and Francisco Aragon

Kecelakaan di Jerantut

Ada beberapa perkara yang tidak enak berlaku di Jerantut sejak akhir2 ini. Bukan sebelum ni tidak pernah, tapi cuma sekarang aku rasakan semakin menjadi-jadi pula. Tak tahu kenapa.

Bermula pada awal tahun, ada satu kes seorang di Sungai Tekam yang meninggal dunia dek disumpit orang asli. Punca kenapa dia disumpit aku tak tahu tap menurut cerita yang disampaikan kepada atuk aku, yang diceritakan oleh orang Sungai Tekam juga telah berlaku perkara yang menyebabkan kemarahan orang asli tersebut. Kata jiran aku pulak, orang asli ni tidak akan marah-marah kalau tidak dikacau.

Lepas itu berlaku pula kematian yang melibatkan beberapa remaja Melayu di Taman Icity terletak di tengah2 bandar. Aku terjumpa seorang pekerja majlis daerah yang sedang membersihkan kawasan taman, menurutnya budak2 melayu yang buat hal tu mabuk dan dibawah pengaruh syabu. Apa perkara sebnar yang berlaku, Wallahua’alam. Apapun tentu kita terkedu juga bila mendengarnya, iyalah, sudahla yang terlibatnya orang melayu, kemudian mabuk, dadah. Apa nak jadi lah.

Beberapa minggu yang lepas juga kawan aku, Azwil seorang junior di sekolah dulu, pernah sama-sama fly dan pernah melepak di Bangsar(sebelum ni dia kerja di Hq TNB,Kl), telah kehilangan motosikal yamaha lc nya. Kesian dia, dahla kerja kat Lipis, duduk kat Jerantut hilang pulak motor. Aku harap sangat si pencuri yang curi motor kawan aku ni cepat2 ditangkap. Kesian Azwil ni. Beberapa ketika selepas mengetahui motor Azwil dicuri, aku membuka laman facebook, naik di newsfeed satu post di group Jerantutku, seorang lagi kehilangan motosikal. Kat Jerantut jugak,tempat kerja pulak tu.

Apa nak jadi lah, makin bermaharajalela si pencuri kat Jerantut ni pulak. Yang mencuri tu penagih dadah ke apa hah?

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Then, now.

It might have been a long time
It might have been so far away

When we went our separate ways that day

There may be so many people
Hundreds, even thousands of them.

Who came into my life and made it go around

And because they are not you,
I have not found what I had lost,
And it’s because what I did was wrong,
It made it impossible for us to go back to the way were.

Do you feel like I feel?
That everyday without you,
Is a life without any meaning.

Do you feel like I feel?
That the days we were together.
We were so in love and happy.

Pantun Berbudi Kata

Redup jiwa rasa senang
Jalan bersiar bersama adik
Hidup mulut terbiasa lancang
Jangan dibiar tiada terdidik

Ke kedai membeli bukan meminta
Mana pulut saya nak rasa
Berpada-pada bila berkata
Kerana mulut badan binasa

Merasa makan mulut kekenyangan
Sudah makan mengantuk pula
Berkata jangan ikut perasaan
Amarah naik mengamuk pula

Mengantuk sudah saya rasa
Kalau di katil terlelap sudah
Silap sedikit jangan terasa
Harap dimaaf tidak dimarah

Merana saya jadi raksaksa
Mimpi siang bukanlah badi
Kita manusia berbudi bahasa
Jagalah hati jagalah pribadi

Salah apa nak pelok-pelok
Peloklah saya bukannya hantu
Tuturlah kata yang elok-elok
Barulah manis kalau begitu

Adik sudah mahu beradu
Kalau diajak saya kan turut
Baik kalau mulut bermadu
Biarlah luka tidak berparut

Adik tidur saya temankan
Mata kuyup sesedap rasa
Ambillah nasihat jadi pedoman
Agar hidup acap sentosa

Pantun Jodoh

Kayuh basikal ke hujung bendang
Tiba di bendang mengutip padi
Sudah nasib hidup membujang
Tiada kasih tak ada yang sudi

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Jiwa sedih tiada harapan
Tidak berkasih siapa yang mahu

Sawah cantik dijaga orang
Emas warnanya kuning menyala
Apalah nasib kalau seorang
Teman tiada isteri kan pula

Nasi dimakan berulam raja
Cicah sambal buah kuini
Tiada guna bermuram durja
Trimalah takdir di dunia ini

Kalau mandi di hujung muara
Hati-hati lumpur kerbau
Hidup kalau sebatang kara
Sakit pun tiada siapa nak risau

Naik pelamin memakai tanjak
Warna biru lambang dacing
Orang lain menjaga anak
Kita pula membela kucing

Semai jering diatas para
Para disorok tak siapa tahu
Aduhai hati usahlah lara
Jodoh kan tiba siapa yang tahu